Monday, May 31, 2010

Masa Untuk Meluah Seni- Part 1

Dulu time-time sekolah rendah hinggalah menengah, aku sering dikenali sebagai seorang yang kreatif, pandai melukis, berjiwa seni dan sebagainya yang menunjukkan aku ni 'konon-kononnya' kreatif. Di atas beberapa sebab, aku tak pernah la kembangkan kebolehan yang aku ada tu. Sebagai bukti aku terjerumus ke aliran sains di sekolah menengah sehinggalah memilih bidang kejuruteraan di peringkat universiti.

Walaupun aku pernah memenangi hadiah utama bernilai ribuan (US Dollar!) dalam satu pertandingan kreatif anjuran sebuah syarikat korporat ketika di bangku sekolah menengah, aku masih rasa bakat aku biasa-biasa je dalam dunia seni. Dasar kurangnya keyakinan diri tu mungkin disebabkan ketiadaan panduan, mentor mahupun galakan dari keluarga. Abang dan kakak aku pun memilih bidang Engineering untuk kerjaya mereka sehingga aku (samada secara rela atau paksa pun aku tak tahu) mengikut jejak diaorang tanpa menyedari ianya bakal membuatkan aku 'mati'.

to be continued..