Dulu aku belajar perkara-perkara yang secara subjektifnya tak boleh masuk ke dalam akal. Subjek-subjek killer seperti Mass Balance, Termodinamik, Transport, Operasi Unit, Instrumentasi, Kimia Organik, Kejuruteraan Genetik dan banyak lagi sememangnya amat sukar untuk difahami terutamanya kalau takde minat dan sekiranya kita agak menjurus kepada kehidupan 'enjoy' di universiti..hehe..Tapi seriusli..anda samada perlu menjadi mat skema yang kaki buku atau sedikit genius sekiranya betul-betul nak berjaya dengan cemerlang dalam course kejuruteraan kimia bioproses ni. Namun, dalam teruk-teruk aku belajar dan tak minat ni pun, aku tak pernah gagal (agak bangga juga la) dalam sebarang subjek walau segiler atau sesusah manapun subjek tu. Giler susah. Bayangkan dalam satu subjek tu, exam adalah berkonsep 'open book' yang mana lecturer akan cakap 'u can bring anything under the sun' (kecuali handphone ler) yang bermakna kita boleh bawak buku teks, buku rujukan, nota, calculator, komik ke (in case kalau boring) dan sebagainya. Tapi markah tertinggi yang diperoleh (student chinese of course) tak sampai pun 40%. Dapat markah belas-belas pun dah kira ok..haha.
Bila aku dan kawan-kawan lama waktu belajar dulu berborak-borak tentang kenangan kat menara gading, kita akan rasa 'amaze' macamana kita semua boleh melepasi kepayahan belajar tu semua. Semua kelas-kelas yang memboringkan, aktiviti di dalam makmal-makmal canggih, assignment yang berlambak, projek-projek yang membebankan dan exam yang sangat stressfull...huh..nothing can describe apa yang kita alami. Salah seorang sahabat baik aku pernah cakap, kalau dia diberi peluang untuk undur balik masa, dia akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pointer yang lebih baik dan seterusnya menjadi lecturer dsb. Tidak bagi aku..ada benda2 yang aku patut regret dalam hidup tapi bukan yang ni. Aku rasa kalau kita ada 'passion' dalam sesuatu perkara barulah betul-betul kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Kalau takde, semuanya kelihatan amat sukar walaupun sebenarnya ia mudah saje untuk sesetengah orang. Kebanyakkan kawan-kawan satu kursus dulu kini semuanya masuk KPLI dan jadi cikgu. Bagusla kan jadi cikgu, hidup selesa dan terjamin...(walaupun dulu korang x pernah berazam pun nak jadi pendidik..hehe..opps). Aku pun pernah dapat offer KPLI tapi aku tolak dan sampai sekarang pun aku tak pernah menyesal. Mungkin haluan hidup aku berbeza sikit daripada diaorang. Yang penting bila aku recall laluan aku dari kecik sampai sekarang, aku jarang dapat lari dari menjebakkan diri aku dalam perkara-perkara seni samada secara sengaja atau tidak sengaja..hmmm...
to be continued..

No comments:
Post a Comment